Sunday, March 22, 2015

dah 2015 ehh???

Assalamualaikum dunia..,bangunlah semua~~
BAPAK lama aq x post dalam nie..2 tahin kot...sajer teringat balik nk bukak benda alah nie..tempoh 2 tahun yg aq x pernah dok menulis dalam nie kan,,macam2 benda dah aq terpaksa lalui dalam hidup aq..ada yang pahit and ada yang manis..yang manis aq dah x berapa nak ingat tapi yang pahit tu masih segar dalam kepala otak aq nie..tapi aq x nak lar list  kat sini sebab dah nama kan kenangan pahit,,mesti lar x best dan x semanis susu manis pekat berkrim utk aq cerita kan?? so this is 2015 which mean aq dah umur 19...*uhuk uhuk* sedihnya bila mengenangkan diri nie dah makin tua......*nangis sambil guling2* , ok bye..dh x tau nk citer apa..hak hak

Monday, October 1, 2012

IMPIAN


Harap maaf kalu cerpen nie x seronok...sajer nak post alang2 kena buat tugasan untuk Bahasa Melayu
************

                Dania mengeluh buat kesekelian kalinya. Hasratnya untuk menjadi seorang pereka fesyen yang terkenal ditolak mentah-mentah oleh bapanya. Sudah beberapa kali dia menyampaikan hasrat itu tetapi jawapan yang diterima tetap sama.“Ayah tak izinkan kamu belajar fesyen. Bidang ni tak tak menjamin masa depan yang cerah untuk kamu.” Berulang kali ayat itu timbul di kepala Dania. Air mata yang mula menitis pantas diseka.

            Sudah hampir satu jam setengah Dania berkurung di dalam bilik. Puan Zubaidah sudah tidak betah duduk diam. Wajah yang risau jelas terpancar dari air mukanya. “Apa yang kita nak buat ni,bang?”soal Puan Zubaidah kepada suaminya,Encik Rashid. “Biarkan dia. Nanti Dania lapar pandailah dia keluar dari bilik.” Encik Rashid masih leka membaca surat khabar.

            Dania merenung ke luar jendela dengan pandangan yang kosong. ‘Aku tak peduli lagi. Aku akan tetap dengan keputusan aku.’ Tekad Dania. Akhirnya Dania lena bersama azam yang membara-bara di dalam jiwa.

            Matahari sudah memancarkan sinarannya menandakan hari baru sudah bermula. Dania bangun awal pada hari itu. Dia bertekad untuk menyatakan hasratnya sekali lagi kepada Encik Rashid. Dan dia akan pastikan bahawa hasratnya kali ini akan tercapai. Dania pasti sekali.

            “Ayah, Dania dah buat keputusan. Dania tetap dengan keputusan Dania. Izinkan Dania,yer ayah.” Dania menutur dengan lembut. Dia tahu hati ayahnya tidaklah sekeras mana. Kalau kena caranya pasti lembut juga. “Tidak. Kalau Dania tetap dengan keputusan Dania. Ayah juga tetap dengan keputusan ayah. Ayah nak kamu ambil jurusan perakaunan dan ambil alih syarikat ayah suatu hari nanti.” Tegas Encik Rashid. Dania kelu. Dia sudah buntu. Pelbagai cara telah dia lakukan. “Baiklah,ayah bagi Dania dua pilihan. Dania harus pilih untuk menjadi waris syarikat atau teruskan dengan impian Dania.”Encik Rashid bersuara. “Kalau Dania tetap dengan keputusan Dania,jangan harap satu sen pun daripada harta ayah akan jatuh kepada Dania.”

            Dania terkesima. Dia tidak pernah menyangka ayahnya akan membuat keputusan sebegitu. Dania keliru. “Baiklah. Kalau itu yang ayah mahu. Dania akan buktikan yang Dania akan tetap berjaya dengan usaha Dania sendiri.”

           
Dania mula mengatur langkah keluar dari rumah banglo yang telah dia tinggal selama 19 tahun. Hari ini dia terpaksa meninggalkan segala kemewahan dan memulakan hidup yang baru. ‘Dania jangan risau. Kalau Dania perlukan bantuan, telefon mama yer.’ Sempat Puan Zubaidah berpesan kepada Dania sebelum dia keluar dari rumah. Wang pemberian ibunya cukup untuk perbelanjaannya selama 2 bulan.
            Destinasi pertama Dania adalah ke rumah sewa rakan karibnya, Amalia. Dia akan tinggal di situ buat sementara waktu. dia juga akan menyambung pelajarannya dalam jurusan fesyen di samping melakukan kerja separuh masa di butik kepunyaan rakan ibunya. Mujurlah ibunya tidak menghalang cita-citanya. “Bila kau mula kuliah?” Amalia menyoal Dania ketika mereka sedang menonton televisyen setelah selesai makan malam. “Minggu depan. Tapi aku mula kerja di butik kawan mak aku tu lusa.” Mata Dania masih tidak lepas dari kaca televisyen. “Baguslah. Sekurang-kurangnya ada juga tempat kau nak curahkan hasil seni kau tu.” Amalia menyisip air Milo yang masih panas. “Hmmm..betul tu,” ujar Dania sambil tersenyum. Mereka berdua terus leka menonton drama Korea kegemaran mereka sambil berbual-bual kosong.
            Dua bulan telah berlalu. Meskipun agak susah untuk Dania menyesuaikan diri dengan persekitaran hidup yang agak sibuk dengan pelajaran dan kerja, itu tidak menjadikan Dania seorang yang cepat berputus asa. Masa perlu dibahagikan dengan rapi. Rekaan fesyennya semakin bertambah menarik dan mula menjadi sebutan ramai. Butik rakan ibunya bertambah laris. Puan Zubaidah lega mendapat perkhabaran itu. Kerinduannya terubat apabila dapat berjumpa Dania di butik rakannya.

            “Macam mana dengan pelajaran Dania?”soal Puan Zubaidah sambil mengusap kepala anak kesayangannya. “Semuanya okey,mama. Mama janganlah risau, anak mama ni kan kuat orangnya.” Dania menguntumkan senyuman. Suka diperlakukan sebegitu oleh ibunya. “Ayah macam mana ma? Dia masih marahkan Nia?” Dania mengajukan soalan setelah senyap beberapa ketika. Puan Zubaidah diam tanpa kata. “Mama dah tak tahu nak cakap apa. Ayah masih dengan keras kepalanya tu. Tapi mama yakin yang satu hari nanti hati ayah akan tetap lembut. Dania sabar ya.” Ujar Puan Zubaidah dengan lembut.

            Dania baru sahaja selesai peperiksaan akhir semester. Selepas ini dia akan bercuti. Peluang itu akan digunakan sepenuhnya untuk memajukan butik tempat dia bekerja. Masih banyak tempahan pelanggan yang harus dia siapkan. Dania berazam untuk membuka butiknya sendiri suatu hari nanti. Sekarang dia sedang balajar cara-cara untuk menguruskan butik daripada Puan Salina, iaitu pemilik butik yang sedang dia bekerja dan juga rakan karib ibunya. Puan Salina tidak lokek untuk berkongsi ilmu kepada Dania. Dia sudah menganggap Dania Farisha seperti anaknya sendiri dan meletakkan sepenuh harapan kepada Dania.

            Sudah hampir satu tahun Dania meninggalkan rumah. Encik Rashid tidak pernah lepas setiap perkembangan tentang anaknya, Dania Farisha. Sejujurnya dia sangat berbangga dengan kesungguhan anaknya untuk menjadi seorang pereka fesyen. Namun egonya sebagai seorang bapa menghalangnya untuk bertemu dengan anaknya. Pernah beberapa kali dia pergi ke universiti di mana Dania belajar untuk mempastikan bahawa pelajaran anaknya sentiasa berjalan lancar.

            Dania sudah berjaya untuk mendapatkan segulung diploma dalam jurusan fesyen. Dia juga menyertai satu pertandingan mereka pakaian dan telah menjuarai pertandingan tersebut. Hadiah pertandingan tersebut merupakan tajaan untuk menyambung pelajaran ke kota Paris selama dua tahun. Peluang ini bagaikan satu jalan untuk Dania mengembangkan lagi minatnya dalam bidang rekaan fesyen.

            Dania mengatur langkah perlahan ke arah pintu masuk rumah yang besar itu. Rasa gugup mula menguasai diri. Bimbang perasaan marah masih menguasai diri ayahnya. Puan Zubaidah sudah sedia menanti di muka pintu. Kegembiraan jelas terpancar di wajahnya. Encik Rashid sedang duduk di sofa yang berada di ruang tamu. Langung tiada riak wajah gembira di air mukanya. Dania memberi salam dan memeluk Puan Zubaidah. Meluahkan segala rasa rindu yang berada di dalam hati. Persiapan untuk peperiksaan akhir semester dan pertandingan menyebabkan Dania tiada masa untuk berjumpa dengan ibunya.

            “Mama sihat? Rindu sangat dengan mama!” Dania memeluk kemas ibunya. Mereka berjalan beriringan ke arah ruang tamu dan duduk berhadapan Encik Rashid.  Dania bangun untuk bersalaman dengan ayahnya namun tiada sebarang reaksi daripada Encik Rashid. Dania duduk kembali dengan wajah yang hampa. Dia menundukkan wajah apabila matanya bertentangan dengan mata ayahnya.

            “Ayah, tujuan Dania balik ke sini bukanlah untuk menambahkan sakit di hati ayah. Tapi Dania nak tunjukkan bukti yang Dania dah berjaya capai impian Dania. Dania dah berjaya dapatkan diploma dan Dania dapat tawaran uuntuk sambung pelajaran di Paris bulan depan. Rekaan pakaian Dania pun dah dapat sambutan hangat.” Dania memberanikan diri untuk memulakan perbualan dengan ayahnya. Dia tidak mahu  terus-terusan sebegini dengan ayahnya.

            “Ayah tahu. Ayah tahu setiap apa yang terjadi kepada anak ayah. Tak sangka Dania tetap bersungguh-sungguh nak membuktikan yang Dania akan berjaya. Tahniah Dania,tahniah.” Encik Rashid mengeluarkan suara akhirnya setelah lama menyepi. Terkejut Puan Zubaidah dan Dania Farisha mendengar ayat yang keluar dari mulut Encik Rashid. Mereka menyangka Encik Rashid langusung tidak mengambil kisah dengan hidup Dania lagi.

            Air mata mula menitis dari mata Dania. Dia terharu mendengar pengakuan daripada ayahnya. “Terima kasih ayah. Dania tak sangka yang selama ni ayah masih mengambil berat tentang diri Dania.” Sebak Dania. “Mestilah ayah risau. Dania kan satu-satunya puteri ayah. Mana boleh ayah nak biarkan puteri ayah hidup tak menentu.” Dania mula bangun dari tempat duduknya dan menuju ke arah Encik Rashid. Sudah lama dia menantikan saat ini. Saat di mana ayahnya menerimanya kembali.

            Pengumuman untuk penerbangan ke Paris sudah kedengaran. Sudah tiba masanya untuk Dania Farisha berangkat ke Paris dan menyambung pengajiannya. Encik Rashid dan Puan Zubaidah menghantarnya hingga ke balai berlepas. Sempat lagi Dania bersalaman dan berpelukan dengan Puan Zubaidah serta Encik Rashid. Perasaan sayu menyelubungi hati mereka. Pengumuman kali kedua telah dibuat. Dania menarik beg pakaiannya menuju ke dalam balai berlepas. Sesekali dia menoleh ke belakang dan melambaikan tangan kepada kedua ibu bapanya. Berbekalkan semangat dan minat yang mendalam dalam bidang fesyen dan dorongan yang telah diberikan oleh ibu bapanya, Dania Farisha yakin bahawa dia akan menjadi seorang pereka fesyen yang ternama di Malaysia malahan seantero dunia.

-TAMAT-



           

Friday, April 13, 2012

ApRiL !!

Assalamualaikum...ehh,,dah bulan April ekk?? cepat betul masa berlalu kan....aq terlalu terlalu terlalu terlalu terlalau busy sekarang nie plus malas nak bukak blog..haha...lagipun bukan ader orang bukak pun blog aq nie,,so no problemo ! dah berhabuk pun blog aq nie *uhuk uhuk*  banyak program yang aq lalui selama nak sampai bulan April nie TAPI aq malas nk bagitau...kui3...kore de owarimasu ! sayounara !

Sunday, January 1, 2012

tagGinG gAmE aGaiN !!

oke..sekali lagi aq di'tag' untuk menjawab 20 soalan...erghh =.="
tapi takper,,demi sahabatku yang terchenta !!!!!!!!!!!! ehehehehe

~Nur Emilia Aida Bt Ahmad Kasim ialah nama mengikut ic aq
~status terkini masih single but not available...wakakakaka
~perwatakan terbeaek??hurmm..=.=" ntah lar
~tempat paling nak pergi tp tak pernah jejak???err,,kat kawasan shooting cter Spring Waltz kot...muahaha
~penyanyi lelaki paling minat berasal dari korea..wakakaka
~takder penyanyi pompuan yang paling minat so secara automatik nama mak dye pun x der..huhu
~err,,drama korea yang baru tonton ialah Princess Hours walaupun dah beratus-ratus kali tengok..eehhehe
~watak maner ekk???ntah lar...x ingat sangat...haha
~novel 'Awak Suka Saya Tak?'hehehe
~penulis kegemaran nie ramai sangat...
~sayang sangat walaupun sangat x suker nak jawab soalan... >.<
~kalau jumper nadira kat luar,,of coz lar terus g peluk n cakap 'Dira !! rindu gler !! lama kita x jumper kan???"hehe
~huhu...of coz lar my baby kyuhyun...wakakakaka
~mesti lar kenal Encik Mimpi tu...*walaupun biaser dengar lagu dye jer
~nadira termasuk dalam grup........errrrrrr *speechless
~rating kecomelan diri sendiri??? klu nk 0.1 boleh x???heheheh
~errr...all work with no play makes JACK a dull boy...orait x??ekekekeke
~x pernah dengar dari mulut sesiapa tapi selalu baca dalam novel...wee~
~crush terbaru x der laa~~~
~tersangat bahagia...huhuhuhu

akhirnya !!!!!!! dah abis 20 soalan yang kena jawab...wahahaha

Tuesday, December 20, 2011

KeliRU...


hidup aku sekarang dah jadi makin keliru..
aku tak tau perasaan aku sekarang nie macam mana
orang tengok aku maybe macam biasa jer
tapi dalam hati aku nie asyik sedih and rasa nak meraung jer

terlalu banyak perkara yang menyerabutkan perasaan aku
sekarang
tiba-tiba aku rasa sunyi sangat
entah lar
mungkin nie semua dugaan untuk aku
ada satu gambar yang aku jumpa dalam facebook
yang sangat sesuai untuk merawat perasaan aku nie

kalau ada sesiapa yang mengalami tekanan perasaan macam aku sekarang nie
boleh lar try apa yang tertulis kat gambar nie ekk...






Wednesday, December 14, 2011

On RaiNy DaYs

oleh sebab bulan disember nie asyik hujan jer,,,aq selalu layan lagu nie...mungkin lirik lagu nie kena dengan jiwa aq kot...kadang2 aq boleh nangis bila dengar lagu nie

[DJ] When the world turns dark
And the rain quietly falls
Everything is still
.
[KK] Even today, without a doubt
I can’t get out of it
I can’t get out from the thoughts of you
.
[YS] Now
I know that it’s the end
I know that it’s all just foolishness
Now I know that it’s not true
[HS] I am just disappointed in myself for
Not being able to get a hold of you because of that pride
.
[YS] On the rainy days you come and find me
Torturing me through the night
When the rain starts to stop, you follow
Slowly, little by little, you will stop as well

[JH] I must be drunk, I think I need to stop drinking
Since the rain is falling, I think I might fall as well
Well this doesn’t mean that I miss you, no it doesn’t mean that
It just means that the time we had together was a bit sharp
When it’s the type of day that you really liked
I keep opening the raw memories of you
Making the excuse that it’s all memories, I take a step forward
I don’t even make the effort to escape
.
[DW] Now
I erased all of you
I emptied out all of you
But when the rain falls again
[KK] All the memories of you I hid with effort
It all comes back, it must be looking for you
.
[YS] On the rainy days you come and find me
Torturing me through the night
When the rain starts to stop, you follow
Slowly, little by little, you will stop as well
.
(To you) [HS] Now there is no path for me to return
But looking at your happy face
[DW] I will still try to laugh since I was the one
Without the strength to stop you
.
[YS] On the rainy days you come and find me
Torturing me through the night
When the rain starts to stop, you follow
Slowly, little by little, you will stop as well
.
[JH] What can I do about something that already ended?
I’m just regretting after like the stupid fool I am
Rain always falls so it will repeat again
When it stops, that’s when I will stop as well
.
[JH] Rain always falls so it will repeat again
When it stops, that’s when I will stop as well

.

credit:

Trans: fckyeahb2st@tumblr

untuk dengar lagu tuh,,sila klik link nie

-------------->on rainy days

aq tak paksa korang dengar,,kalau nak dengar,,silakan..kalau tak nak dengar,,x perlu tekan..

sekian :)


Saturday, November 12, 2011

OuTiNg SukA-SuKi

kawan2 aq yg lain sibuk buat post pasal outing tadi...mana aci !! aq nak buat gak...ahakz...
oke,,kiter start ngan pagi td...aq siap2 pkol 10 lagi...hahah...punyer lar semangat nak g kluar ngan kawan2..
sampai jer kat kbmall..pusing2 cari ain ripin...dye boleh syok2 brblanja kat famous amos...sesudah tu...dok pusing2 kbmall x tau brapa kali pusing...dlm 10 kali kot...punyer lar letih jalan,,kitorg decide nk g makan2 kat pizza hut~~
duduk lar kitorg kat situ sambil melantak pizza....sambil2 tu dok usha orang lalu lalang...baru aq tahu,,betapa ramai nyer bdak2 maher yg datang lepak kat kbmall...
dalam bajet pkol 2 lebih2 nk pkol 3 tuh...lin pom sampai...
tp still,,kitorg dok jalan entah ke mana dalam kbmall,,nk g redeem pizza..orang penuh sangat sampai kitorg nak duduk pom x leh =.="
sambil jalan2 tuh...trserempak lar dengan beberapa manusia yg kitorg x berapa hingin nk jumpa...banyak kali plak tu...adeh =.="
asyik lari keliling kbmall...
last2 time nk balik..ujan lebat plak !!
kasut aq habis digenangi air !! MAKKKKK !!! kasut emi basah !!!!!!!!!!! T.T
dalam pkol 6 macam tu baru aq sampai umah...dengan baju yang basah lencun n kasut boleh buat kapal utk semut2 kat umah...grrrrrrr
tp seriously,,,best GILAK kluar ngan kawan2 aq...memang sewel rasanya otak aq nie nak layan kerenah diorg..hahaha
sayang korang ketat2 tau !!!!!!!!!! muahxxx <3

p/s: post nie disediakan khas untuk anis amanina,noor fazlina,nurul amierah,mierah aziz,ain' athira n ain arifin yg outing ngan aq td..